Skip to main content

MATRIC | Kem Latihan Seni Memanah Berkuda

🅜 🅐 🅣 🅡 🅘 🅒 MOUNTED ARCHERY TRAINING CAMP

KEM LATIHAN SENI MEMANAH BERKUDA

PENGENALAN

Ayuh ikuti program MATRIC untuk menjadi seorang pemanah berkuda yang kompeten. Rebut peluang istimewa ini dengan mempelajari kemahiran khusus yang baru iaitu menunggang kuda dan memanah dinamik secara lebih bersistematik. 

JEQMA terdiri daripada individu-individu yang berpengalaman luas dan komited dalam kegiatan ini. Kami di akademi akan bantu anda sebaiknya untuk bangunkan diri setapak demi setapak di dalam dunia sukan kompetitif dan juga ke arah mengamalkannya sebagai seni beladiri.

Adakah anda sudah bersedia untuk mencabar diri sendiri?
"Jadilah Diri Anda Yang Lebih Hebat!"


INTENSIF

🎯 2 hari + 2 malam sesi latihan penuh. Siap sedia!

EKSKLUSIF

🎯 Anda cadangkan tarikh sendiri dan kami akan berusaha untuk aturkannya.

🎯 Kumpulan kecil: 1-4 pelatih sahaja setiap sesi.

PROGRESIF

🎯 Struktur latihan untuk pemula & peringkat pertengahan; sesuai untuk lelaki & perempuan.

🎯 Belajar, berlatih & berkembang mengikut kemampuan anda sendiri di bawah pengawasan jurulatih kami.

RANGKA KURSUS

Jadual

Malam 1

6.00 petang - 8.00 malam × Daftar masuk
9.00 malam × Latihan seni beladiri

Hari 1

7.00 pagi × Rutin senaman
9.00 pagi × Latihan berkuda
11.00 pagi × Latihan memanah dinamik
3.00 petang × Latihan memanah dinamik
5.00 petang × Latihan berkuda

Malam ke-2

9.00 malam × Latihan seni beladiri

Hari ke-2

7.00 pagi × Rutin senaman
9.00 pagi × Latihan Memanah Berkuda
12.00 tengahari × Daftar keluar

⚙️ Setiap latihan akan dijalankan & diaplikasikan mengikut set/tahap kemahiran pelatih
⚙️ Tertakluk kepada perubahan berdasarkan faktor cuaca & kategori peserta

Lokasi

Akademi JEQMA
Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, Malaysia
📍bit.ly/JEQMAmaps

Syarat

  • Pendaftaran dibuka kepada lelaki & wanita yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Sihat & cergas untuk melakukan sukan lasak
  • Berat badan semasa kurang daripada 88kg 

Modul

  • SENI MEMANAH BERKUDA
  • Kenali & kuasai peralatan anda dengan teliti
  • Bina hubungan dengan kuda & rakan pasukan
  • Latihan keseimbangan, fleksibiliti & kekuatan
  • Kedudukan badan yang ideal & teknik menunggang tanpa kawalan tali rein
  • Tingkatkan nilai kepahlawanan dalam diri & takluki kelemahan anda
  • Strategi kompetitif untuk sukan memanah berkuda
  • Berlatih bersama-sama dengan pengamal terbaik kami

Keistimewaan Program

  • Baka kuda yang berbeza-beza untuk dipelajari & dilatih 
  • Saiz trek memanah berkuda 90m lurus yang menyerupai standard pertandingan 
  • Pengalaman di persekitaran semula jadi yang tidak ternilai... termasuk kolam mata air panas

Yuran

1 × Solo = RM590.00

Pakej pendaftaran berkumpulan:

2 × Duet = RM1100
3 × Triplet = RM1500
4 × Kuartet = RM1800

*Tertakluk kepada terma & syarat

Termasuk
  • Penyertaan & latihan 2 hari + 2 malam
  • Peralatan kuda + memanah
  • 2 malam penginapan di asrama + 5 hidangan utama
  • Sijil Kehadiran
Tidak termasuk
  • Insurans
[Kemaskini info: 23/10/2023]

Soalan-soalan Lazim

1. Saya tidak pernah menunggang kuda atau memanah. Bolehkah saya menyertai MATRIC?

Ya. Menjadi seorang pemanah yang terlatih adalah satu penerokaan diri yang sangat menarik & MATRIC ialah program terbaik untuk memenuhi impian anda ini.

2. Saya boleh canter kuda dengan baik tetapi saya tidak pernah melepaskan sebarang anak panah dari atas kuda. Adakah saya dibenarkan menyertai program ini?

Sudah pasti, ia adalah bonus & laluan pantas untuk anda. Pemula dalam memanah sangat dialu-alukan untuk menghadiri kem kerana program ini sesuai untuk anda belajar dan berlatih di bawah pengawasan profesional.

3. Perlukah saya bimbang tentang kemalangan dan kecederaan?

Memanah berkuda merupakan satu kegiatan yang dikategorikan sebagai sukan lasak. Semua pelatih berisiko untuk mengalami kemalangan tetapi jurulatih akan membimbing anda melalui semua aktiviti. Kami akan sentiasa memberi nasihat serta mengurus situasi mengikut panduan dan 
amalan keselamatan.

4. Apakah peralatan yang perlu saya bawa?

Jika anda memilikinya,
Peralatan memanah iaitu busur tradisional, sedozen anak panah dan tarkas. Pakaian menunggang kuda yang sesuai dan selesa. Topi keledar dan but adalah wajib semasa sesi menunggang.

Namun jika anda baru hendak bermula...
Busur, anak panah dan topi keledar sedia untuk dipinjam dari akademi.

5. Bolehkah keluarga atau rakan saya mengiringi sesi latihan saya?

Ini adalah kem latihan intensif dan eksklusif khusus untuk peserta yang berdaftar sahaja. Kami akan menjemput keluarga dan rakan anda pada hari graduasi anda.

6. Berapa lama dan sesi latihan perlu saya lalui untuk benar-benar mahir sebagai seorang pemanah berkuda? 

Masya-Allah, persoalan yang amat objektif tetapi jawapannya pula sangat subjektif. Setiap individu adalah unik, memiliki kemampuan dan aras penguasaan skil yang tersendiri. Oleh itu, andalah yang lebih sesuai menjawabnya namun secara umumnya berasaskan pengalaman kami kadar normal tempohnya ialah 6-18 bulan (~60 sesi) tertakluk kepada pelbagai faktor antaranya kekerapan, kualiti dan progres setiap latihan.

Untuk pertanyaan lain, sila
Telegram: t.me/JEQMA
Whatsapp: wa.me/601115217721

DAFTARLAH SEKARANG

https://bit.ly/JEQMAreg

#StepbyStep #KeepMovingForward #BeAGreaterYou

Popular posts from this blog

MENTOR IN MALAYSIA

MOUNTED ARCHERY INTRODUCTORY WORKSHOP (MENTOR) Are you just starting out? Yes, this is the best platform! It has proven to be a pioneering program that has successfully produced a line of new/recruiting mounted archers in Malaysia. Its gradual and comprehensive modules allow you to build your mounted archery skills step by step more effectively, even if it's just as a hobby. JEQMA ACADEMY Home for world class Mounted Archers + + + + + + + + + + + + + MOUNTED ARCHERY INTRODUCTORY WORKSHOP + + + + + + + + + + + + + + + ✏ Objective To provide direct exposure and practical experience to public on the BASIC of Mounted Archery : Shooting arrows in the saddles ✏ Course Outline ➳ Dynamic archery fundamentals for horse riding ➳ Horse riding fundamentals for archery ➳ Introduction to mounted archery >>> Theory and PRACTICAL <<< ✏ Requirements ➳ Minimum age: 10 years old ➳ Healthy body; male and female ➳ First time trying archery @ horse riding? : "YES" and most we...

PIALA AL-FATEH

🏆 PIALA AL-FATEH Perujian Memanah Berkuda Turkish Track @JEQMA Lokasi acara: Akademi JEQMA, Batu 19 Sg Lui, Hulu Langat, Selangor Perujian terbuka kepada, Pendekar & Srikandi Pemanah Berkuda Malaysia • Kategori REMAJA : Bawah 17 tahun • Kategori TERBUKA : Tanpa had umur Pusingan RANKING: 2-20 Mac 2025 | Ramadan 1446 • Sesi pagi: 7.30-10.00 am • Sesi petang: 3.30-6.30 pm Boleh pilih & tempah slot anda pada mana-mana hari/sesi - terhad & keutamaan kepada yang membuat tempahan berbayar Pusingan PODIUM: •  22 Mac 2025 (Sabtu) : 4 Terbaik Kategori Remaja •  23 Mac 2025 (Ahad) : 4 Terbaik Kategori Terbuka Hadiah utama: EMAS Au999.9 x 1g x 2 kategori Trek: Kikac + Kabak + Tabla x 4 runs Yuran: RM150 /pax Info/daftar: https://wa.me/601115217721 * Tertakluk kepada syarat, peraturan & pindaan * Tajaan & sumbangan amatlah dialu-alukan #PAJ #alFATEH #JEQMA #TurkishTrack